Monday, 30 April 2012

Motivasi Lagi

Program motivasi, dan sesi bergambar kenangan.

Program motivasi, kerohanian dan elemen penghargaan juga merupakan satu cara memupuk jiwa sihat dalam kalangan pelajar seterusnya menwujudkan ketrampilan. Melaluinya permasalahan disiplin dapat dielakkan.

1 Murid 1 Sukan


Program 1 Murid 1 Sukan mendekatkan pelajar dengan kesihatan fizikal yang baik dan susunan masa sebaik mungkin seterusnya secara tidak langsung manpu menangani masalah disiplin yang mungkin timbul.

Hubungan Sekolah dan Ibu bapa


Mesyuarat PIBG. Hubungan baik yang terjalin di antara pihak sekolah dan komuniti khususnya ibubapa juga mampu memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan permasalah yang timbul.

Ilmu Tambahan


29 Februari 2012, para pelajar didedahkan dengan latihan kebakaran sebagai ilmu tambahan untuk menangani masalah yang mungkin timbul secara tiba-tiba di mana jua terutama di sekolah.

Aktiviti Kokurikulum


Aktiviti kokurikulum sepanjang tahun yang djalankan oleh pihak sekolah dan disertai oleh para pelajar mampu menjauhkan para pelajar daripada terlibat dengan masalah disiplin.

Sunday, 29 April 2012

Demi Pencapaian Akademik


Bagi meningkatkan prestasi akademik di sekolah, Tuan Pengetua sendiri telah membahagikan pelajar dalam kumpulan tertentu bagi yang menduduki peperiksaan awam iaitu SPM dan PMR pada tahun 2012. Kumpulan pelajar dibentuk adalah betujuan mencapai sasaran target yang telah ditetapkan oleh sekolah. Dengan adanya kumpulan ini akan memudahkan guru-guru mengenal pasti tahap kemampuan seseorang pelajar dalam pelajaran. Guru-guru dapat memberi perhatian kepada subjek-subjek yang agak lemah bagi para pelajar di setiap kumpulan. Contohnya kumpulan GALUS (Gagal Lulus) atau HALUS (Harapan Lulus) diberi tumpuan lebih supaya mereka lulus di dalam peperiksaan awam nanti terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu.

Tangani Masalah Disiplin Pelajar



Rambut Tidak Diurus
   
Bagi mengelakkan masalah rambut tidak terurus,pihak sekolah terutamanya guru disiplin telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendisiplinkan para pelajar. Bagi pelajar perempuan yang memotong rambut mengikut fesyen dan tidak mengepinkan rambut di hadapan, tindakan yang diambil adalah memberi amaran serta nama dicatat di dalam buku disiplin. Buku disiplin bertujuan mengenal pasti pelajar yang melakukan kesalahan berulang kali walaupun telah di beri peluang. Pelajar yang telah melakukan kesalahan secara berulang kali akan dikenakan bayaran RM 1.00 sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Duit denda tersebut akan disalurkan kepada tabung kebajikan sekolah.

Seterusnya, bagi pelajar lelaki yang rambut melepasi kolar baju serta mengikut fesyen akan dikenakan tindakan gunting rambut. Guru disiplin atau Pengetua sendiri akan memotong rambut pelajar secara tidak sama. Tujuan memotong rambut secara tidak sama bukanlah untuk memalukan para pelajar. Sebaliknya dijadikan pengajaran buat para pelajar supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, di dalam mesyuarat PIBG yang lalu, ibu bapa yang prihatin telah mencadangkan supaya pelajar lelaki memotong rambut hingga botak supaya dapat mengelakkan masalah rambut tidak terurus di kalangan pelajar. Namun para pelajar membantah hal itu. Setelah membuat pertimbangan, Pengetua sekolah bersetuju untuk bertoleransi dengan para pelajar. Namun Pengetua telah memberi amaran sekiranya hal itu terjadi dengan kerap, beliau akan menjadikan rambut botak sebagai peraturan yang perlu diikuti.

Ponteng Sekolah  

Masalah ponteng sekolah ini telah menunjukkan pengurangan setelah pihak sekolah mengambil tindakan meminta khidmat kaunseling daripada guru- guru kaunselor di sekolah bagi membuat analisa mengapakah pelajar gemar ponteng sekolah? Mengikut analisa yang telah dibuat, kebanyakkan pelajar yang terlibat memberi alasan bekerja dan mempunyai masalah keluarga serta tiada minat belajar. Pihak sekolah cuba membantu pelajar dengan menjemput penceramah-penceramah dari luar bagi setiap bangsa iaitu melayu, cina dan india bertujuam menyedarkan dan menigkatkan keyakinan pelajar dalam pelajaran. 
Selain itu, bagi pelajar yang masih berdegil meneruskan gejala ponteng sekolah telah di hantar kepada individu tersebut surat amaran. Seterusnya pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar yang kerap tidak datang ke sekolah dan telah mengenakan tindakan buang sekolah.

Masalah Sosial
  
Pihak sekolah menyedari betapa pentingnya dalam mengelakkan pelajar daripada terlibat dengan pergaulan bebas apabila semakin banyak berita di dalam surat khabar tentang kes pembuangan bayi, kes bercinta dan bunuh diri. Bagi mengelakkan kes seperti itu berlaku  hingga melibatkan pelajar sekolah, pihak sekolah mengambil tindakan dengan kadar segera dan secara tegas dalam membanteras perkara ini. 


Pelajar perempuan terutama dari kaum melayu telah dikumpul untuk mengenal pasti berapa ramai yang mempunyai pasangan samada di dalam mahupun di luar sekolah. Setelah mengenal pasti, pelajar yang terlibat diminta mengikuti khidmat kaunseling


Ianya bertujuan mengelakkan pelajar perempuan tersilap langkah dalam menjalinkan hubungan dalam usia remaja. Selain itu, semua guru bekerjasama dalam mengelakkan remaja lain jantina bergaul lebih rapat dengan membuat pemantauan secara berterusan. Guru-guru yang prihatin akan menegur pelajar yang melampau batas pergaulan


Oleh kerana mempunyai masalah pelajar date di sekolah semasa mahupun selepas waktu persekolahan, para guru tidak menggalakkan para pelajar duduk bersama antara lelaki dan perempuan secara berdua-duaan terutama di Medan Bacaan iaitu kemudahan yang disediakan di sekolah SMK Bagan Serai.



Ponteng Kelas
   
Masalah ponteng kelas ini terjadi apabila pelajar tidak suka subjek tertentu, tidak suka cara cikgu mengajar serta tidak siap kerja sekolah. Oleh kerana pihak sekolah menitikberatkan soal kecemerlangan akademik, Pengetua sekolah telah meminta guru disiplin mengatasi masalah ini. Baru-baru ini guru disiplin telah memanggil pelajar yang ponteng kelas maksimum selama 3 kali untuk memberi penjelasan. Bagi pelajar yang kerap ponteng kelas telah diarahkan untuk berjumpa dengan pengetua untuk tindakan lanjut. Mereka yang terlibat juga turut diminta berjumpa dengan guru kaunseling.